Saturday, August 13, 2011

metr0 arini..

Campak kaki bapa luar rumah

KUALA NERANG: Hanya selepas seorang jiran memukul tangannya dengan sebatang kayu, barulah lelaki yang menetak bapanya berhenti daripada terus menyerang mangsa dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.
Mohd Khairul Shamsudin, 28, berkata ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum terdengar suara orang menjerit dan bergaduh.
Mohd Khairul berkata, dia bergegas ke rumah jirannya sebelum terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan dengan kedua-dua tangan terkulai dan kaki terputus.

“Suspek yang duduk setentang dengan bapanya kemudian mengangkat parang cuba melibas leher mangsa terbaring di lantai rumah.

“Tetapi, saya sempat memukul tangan suspek dengan sebatang kayu yang dicapai di kawasan berhampiran menyebabkannya mengerang kesakitan dan membatalkan niat terus menetak bapanya lalu berundur ke belakang sambil parang digenggam kemas,” katanya.

ish3..ape nk jdi la ank2 skrg..snggup melakukan kezaliman pde ibu bapa...berita yg ak bce kat mymetro ni agk mengejutkan..nk tau lbh lnjut sila bce harian metr0 arini...

No comments:

Post a Comment